tambah duit poket tampa modal..just click

Followers

Tuesday, December 17, 2013

RaSa YaNG xTerAraH


Aku berlari melihat alam
Aku berlari melihat diri
Aku gagah kaki mencari
Aku gagah tangan merangkuli

Kiri aku tempuh
Kanan aku rempuh
Depan aku tebar
Belakang aku sandar

Garisan lurus aku nampak
Garisan bengkok aku jelas
Jalan mudah dalam garis
Jalan susah dalam kerak

Bisik halus mendodoi
Alunan zikir menepis
Rapat hati dalam baris
Jauh hati dalam badai

Sumpah diri dalam nangis
Ketawa diri dalam khayal
Gelincir hati dalam garis
Sedar hati kian menebal

Salah selalu berulang
Khilaf selalu ada turutan
Maaf sering diulang
Taubat kerana sesalan

Moga sedar jadi panduan
Agar rasa sering terarah
Meneroka setiap jalan
Menyusur setiap arah

No comments:

Post a Comment