tambah duit poket tampa modal..just click

Followers

Tuesday, May 26, 2015

ISTILAH FOREIGN EXCHANGE ( FOREX )


ANALISA FA & TA


Apa itu Fundamental Analysis – FA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi
ekonomi sesebuah negara.
Apa itu Technical Analysis – TA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui pembacaan graph (chart) dan indikator harga pasaran yang telah
dan sedang berlangsung.
Mana yang lebih baik fundamental atau technical?
Kedua-duanya menjadi petunjuk kepada para pakar forex dalam menentukan keputusan tetapi berdasarkan sejarah,
Fundamental Analysis lebih tepat dibandingkan Technical Analysis. Dan jangan lupa juga adanya faktor psikologi
pasaran yang harus difahami.
TITIK PIVOT 
Apa itu titik pivot?
Pergerakan harga dimana harga tidak akan bergerak terlalu jauh dari titik tersebut dalam situasii naik atau turun dan
tetap kembali ke harga tersebut.
Apa itu titik resistant ?
Titik harga dimana harga sulit menembusi batas level atas tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga
akan dapat melonjak naik dengan lancar hingga menjumpai resistant selanjutnya.
Apa itu titik support?
Titik harga dimana harga akan sulit menembusi batas level bawah tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya
harga akan mengalami penurunan cukup tinggi hingga menjumpai titik support berikutnya.
FOREX SIGNAL 
Apa itu Forex Signal?
Ramalan pergerakan matawang yang difikirkan akan terjadi pada hari itu, mereka yang membuat forecast pada
umumnya adalah mereka yang sudah expert, merasa expert atau mereka yang mahu berkongsi analisanya.
Contoh signal : Sell EUR/USD 1.1780 SL 1.1820 Target 1.1750
Berdasarkan signal di atas disarankan melakukan posisi sell terhadap EUR/USD pada order limit 1.1780, stop loss di
1.1820 dan target 1.1750
Ingat- harga itu adalah harga limit bukan harga market.
Ada orang mengatakan signalnya tepat 90%, apakah boleh dipercayai?
Ya, semua signal pada dasarnya adalah ramalan hasil analisa, tidak boleh dikatakan pasti tepat atau tidak tepat
kerana belum terjadi, untuk menjadi panduan dalam bermain forex tidak salah tetapi jangan menjadikannya asas
utama untuk memasuki pasaran kerana mungkin cara bertrading orang itu berbeda dengan cara anda.
PIPS 
Apakah Pips?
Perubahan dalam matawang dipanggil pip.
Contoh : EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2251, ia akan menjadi 1 pip. Pips inilah yang akan menjadi penent
sama ada anda win atau loss.
STOP LOSS & EXIT TARGET (TAKE PROFIT) 
Apa itu Stop-Loss dan Exit Target (Take Profit)? – Bergantung kepada situasi BUY atau
SELL
Stop-Loss ialah batasan harga terendah/tertinggi atau kerugian yang dapat anda tanggung.
Take profit ialah batasan harga terendah/tertinggi atau keuntungan yang anda kehendaki.
Apabila order anda terkena salah satu dari batasan itu, maka posisi anda akan tertutup automatik.
MARGIN CALLED
Apa itu margin called?
Keaadan genting yang mana duit di dalam akaun anda berada pada paras bawah margin (sangat kritikal), maka
pihak broker akan menutup secara automatik posisi anda. Ini dilakukan untuk mengelakkan akaun anda dari
negative.
BULLISH Vs BEARISH
Bullish
Berasal dari perkataan bull atau lembu jantan yang menunjukkan pergerakan pasaran harga bergerak naik /up.
Bearish
Berasal dari perkataan bear atau beruang yang menunjukkan pergerakan pasaran harga bergerak turun/down..
KENAPA PERLU STOP-LOSS & EXIT TARGET (Ada perbezaan pada BUY atau SELL)
BUY – Exit Stop-Loss & Exit Target

•   Stop-Loss ialah batasan harga terendah atau kerugian yang dapat anda tanggung.
•   Exit Target (take profit) ialah batasan harga tertinggi atau keuntungan yang anda kehendaki. •
Apabila order anda terkena salah satu dari batasan itu, maka posisi anda akan tertutup automatik.
SELL – Exit Stop-Loss & Exit Target
•   Stop-Loss ialah batasan harga tertinggi atau kerugian yang dapat anda tanggung.
•   Exit Target (take profit) ialah batasan harga terendah atau keuntungan yang anda kehendaki. •
Apabila order anda terkena salah satu dari batasan itu, maka posisi anda akan tertutup automatik.

No comments:

Post a Comment